Sunday, May 31, 2009

Mari Bertayamum



A. Konsep Tayammum

Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.

Tayammum ialah ganti wudhu' atau mandi disebabkan keuzuran.

Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.

B. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum

i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk
keperluan makan minum.
ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang
dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan
dan nyawa.

C. Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

D. Hikmah Bertayammum

Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.

E. Syarat-Syarat Sah Bertayammum

i. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
ii. Tanah debu yang suci.
iii. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah
digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua
kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua
bagi tangan.
vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat
sunat.

F. Rukun Tayammum

i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh
sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
ii. Menyapu Muka.
iii. Menyapu Tangan.
iv. Tertib.