Sunday, November 1, 2009

Kejadian 30 Oktober 2009



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda(kekuasaan ) kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar" (Qs.FUSHSHILAT:53)

Tuesday, September 1, 2009

Fadhilat Berpuasa


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
* Moga-moga puasa kali ini bukanlah puasa yang terakhir buat kita.

Sunday, May 31, 2009

Mari Bertayamum



A. Konsep Tayammum

Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.

Tayammum ialah ganti wudhu' atau mandi disebabkan keuzuran.

Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.

B. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum

i. Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk
keperluan makan minum.
ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang
dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan
dan nyawa.

C. Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih ialah:
i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

D. Hikmah Bertayammum

Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat
menggunakan air atau ketiadaan air.

E. Syarat-Syarat Sah Bertayammum

i. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
ii. Tanah debu yang suci.
iii. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah
digunakan).
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
v. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua
kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua
bagi tangan.
vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat
sunat.

F. Rukun Tayammum

i. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh
sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
ii. Menyapu Muka.
iii. Menyapu Tangan.
iv. Tertib.

Thursday, April 9, 2009

Al-Wakalah...

Serah Wakil...

Takrifnya:Serah wakil ,maknanya menyerahkan mandat untuk membuat keputusan sesuatu,disebut aku serahkan urusanku kepada Allah iaitu menyerahkan kepadanya(Allah) dan dinamakan atas makna /memelihara menjaga.

Firman Allah taala:(Cukuplah Allah memelihara kami dan dialah sebaik-baik wakil (yang memeliharakan) Al-Imran 173 (iaitu penjaga/pemelihara)

Dan dimaksudkan dengannya :Menyandarkan sesuatu kepada insan yang lain pada apa yang boleh disandarkan.

Firman Allah daripada kisah Yusuf a.s,sesungguhnya telah berkata Yusuf kepada rajanya:(Berkata Yusuf:Jadikanlah saya penjaga gudang perbendaharaan di bumi (Mesir).Sungguh aku menjaga lagi mengetahui)[yusuf;55].Dan telah didatangkan banyak hadis yang menunjukkan harusnya (Al-Wakalah) daripadanya,sesungguhnya rasul s.a.w telah mewakilkan Aba rafi’ dan dua orang lelaki daripada kaum Ansar,maka dinikahinya (nabi) Maimunah r.a.Rasullullah telah menetapkan perwakilan didalam menetapkan hukum agama,dan rasul s.a.w menetapkan perwakilan didalam masalah hudu,mewakilkan untuk menyembelih binatang korban dan membahagikan keseluruhannya dan kulitnya dan selain daripada itu.

Dan telah disepakati ijmak ulama’ harusnya (Al-Wakalah) bahkan ianya menjadi perkara sunat,kerana ia satu cabang dari cabang tolong bantu diatas perkara kebaikan dan takwa.Sebagaimana yang telah diseru oleh Al-quran dan disebut didalam hadis.Firman Allah taala:(Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya)[Al-Maidah :2].Sabda rasul s.a.w (Sesungguhnya Allah memberi pertolongan kepada hambanya selagimana hambanya memberi pertolongan kepada saudaranya).

Rukunnya: (Al-Wakalah) adalah satu akad daripada akad-akad yang lain,maka tidaklah sah(Al-Wakalah) melainkan dengan memenuhi/melaksanakan rukun-rukunnya daripada ijab dan Kabul,dan tidak disyaratkan pada keduanya lafaz-lafaz yang tertentu,bahkan sah dengan setiap apa yang menunjukkan keatas keduanya(ijab dan kabul) daripada percakapan dan perbuatan.

Dan setiap seorang daripada dua orang yang berakad mestilah merujuk kepada(Al-Wakalah)(iaitu syarat-syarat dan rukun-rukunnya) dan terbatal akad dalam apa jua keadaan,ini adalah kerana akad (Al-Wakalah) adalah daripada akad-akad yang harus,iaitu bukan perkara wajib.

Menyampaikan hajat dan bergantung (pada sesuatu): Akad (Al-Wakalah) sah dengan menyampaikan hajat,bergantung(pada sesuatu),dan disandarkan pada masa hadapan,sebagaimana sah disandarkan denagn waktu atau dengan perbuatan/pekerjaan yang tertentu.

+Contoh bagi (menyampaikan hajat): Aku mewakilkan kamu dalam jual beli.

+Contoh bagi (bergantung pada sesuatu): Jika sempurna (sesuatu perkara) maka kamu adalah wakilku.

+Contoh bagi disandarkan pada masa hadapan: sekiranya datang bulan ramadhan,maka kamu adalah wakilku.

+Contoh bagi ditentukan masa: Aku mewakilkanku selama setahun,atau melakukan pekerjaan (sesuatu).

Maka syarat-syarat ini adalah daripada mazhab Hanafi,dan Hambali,adapun bagi mazhab Syafie,tidak mengharuskan (Al-Wakalah) dengan syarat.

(Al-Wakalah) kadang-kadang adalah sebagai derma (pertolongan percuma) daripada wakil(tidak dikenakan upah/bayaran),dan kadang-kadang dikenakan upah(bayaran),kerana dia(wakil) melakukan kerja bagi pihak orang lain,maka tidak wajib baginya,dan harus dia mengambil pengganti bagi menggantikannya sebagai wakil.Pada ketika itu semua syarat-syarat (Al-Wakalah) menjadi tanggungjawab bagi si pengganti,dan dia tidak boleh keluar daripada (Al-Wakalah) melainkan dengan adanya sebab-sebab yang tertentu,dan melainkan dia ada pengganti yang baru,dan sekiranya ada disebut upah kepada wakil didalam akad,maka akan dijalankan hukum2 dalam bab upah.

(Bab Al-Wakalah..Fiqh Sunnah..Syed Sabiq)

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL..RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.H.!


IKUTILAH CERITA SEDIH DI SEBALIK APRIL FOOL'S DAY SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA. SETIAP KALI MENJELANG 1HB APRIL, SESETENGAH ORANG KITA BEGITU TAKSUB DENGAN BUDAYA 'PANDANG KE BARAT'.

BERBALIK KEPADA PERAYAAN APRIL FOOL'S DAY INI, ADALAH IA MULA DIRAYAKAN SEWAKTU KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM DI SEPANYOL. SETELAH BERTAPAK BERKURUN-KURUN LAMANYA DI GRANADA, SEPANYOL. KERAJAAN ISLAM AKHIRNYA RUNTUH DISERANG TENTERA-TENTERA KRISTIAN.

PENDUDUK - PENDUDUK ISLAM DI SEPANYOL (MOORS) TERPAKSA BERLINDUNG DI DALAM RUMAH MASING-MASING UNTUK MENYELAMATKAN DIRI. TENTERA-TENTERA KRISTIAN BAGAIMANAPUN TIDAK BERPUAS HATI DAN BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN ORANG-ORANG ISLAM DARI SEPANYOL.

PENDUDUK-PENDUDUK MUSLIM INI, DIBERITAHU BAHWA MEREKA BOLEH BERLAYAR KELUAR DARI SEPANYOL DENGAN SELAMAT BERSAMA-SAMA BARANG-BARANG KEPERLUAN MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN KAPAL-KAPAL YANG BERLABUH DI PELABUHAN. ORANG-ORANG MUSLIM YANG RISAU SEKIRANYA TAWARAN TERSEBUT MERUPAKAN SUATU PENIPUAN, TELAH PERGI KE PELABUHAN UNTUK MELIHAT KAPAL-KAPAL YANG DIMAKSUDKAN.

SETELAH BERPUAS HATI, MEREKA MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK BERTOLAK. KEESOKAN HARINYA (1APRIL), MEREKA MENGAMBIL SEMUA BARANGAN YANG TELAH DISIAPKAN MENUJU KE PELABUHAN.

PADA MASA INILAH PIHAK KRISTIAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGGELEDAH DAN KEMUDIAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK - PENDUDUK ISLAM INI.
MEREKA JUGA TIDAK SEMPAT UNTUK MENAIKI KAPAL KERANA SEMUANYA DIBAKAR. PIHAK KRISTIAN KEMUDIANNYA MENYERANG KAUM MUSLIM DAN MEMBUNUH KESEMUANYA, LELAKI, PEREMPUAN, SERTA ANAK-ANAK KECIL. PERISTIWA BERDARAH YANG MENYEDIHKAN INI KEMUDIANNYA DIRAIKAN OLEH TENTERA KRISTIAN.

KERAIAN INI AKHIRNYA DIRAYAKAN SETIAP TAHUN BUKAN SAHAJA DI SEPANYOL TETAPI JUGA DI SERATA DUNIA.

YANG MENYEDIHKAN, ORANG-ORANG ISLAM YANG JAHIL MENGENAI PERISTIWA INI TURUT MERAIKAN APRIL FOOL'S DAY TANPA MENYEDARI MEREKA SEBENARNYA MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBUKA PINTU TAUBAT UNTUK KITA.


PELIHARALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MEMELIHARA KAMU .....RAWAHUTTIRMIZI


ILLAL LIQAQ.! SEKIAN, WASSALAM.