Thursday, April 9, 2009

Al-Wakalah...

Serah Wakil...

Takrifnya:Serah wakil ,maknanya menyerahkan mandat untuk membuat keputusan sesuatu,disebut aku serahkan urusanku kepada Allah iaitu menyerahkan kepadanya(Allah) dan dinamakan atas makna /memelihara menjaga.

Firman Allah taala:(Cukuplah Allah memelihara kami dan dialah sebaik-baik wakil (yang memeliharakan) Al-Imran 173 (iaitu penjaga/pemelihara)

Dan dimaksudkan dengannya :Menyandarkan sesuatu kepada insan yang lain pada apa yang boleh disandarkan.

Firman Allah daripada kisah Yusuf a.s,sesungguhnya telah berkata Yusuf kepada rajanya:(Berkata Yusuf:Jadikanlah saya penjaga gudang perbendaharaan di bumi (Mesir).Sungguh aku menjaga lagi mengetahui)[yusuf;55].Dan telah didatangkan banyak hadis yang menunjukkan harusnya (Al-Wakalah) daripadanya,sesungguhnya rasul s.a.w telah mewakilkan Aba rafi’ dan dua orang lelaki daripada kaum Ansar,maka dinikahinya (nabi) Maimunah r.a.Rasullullah telah menetapkan perwakilan didalam menetapkan hukum agama,dan rasul s.a.w menetapkan perwakilan didalam masalah hudu,mewakilkan untuk menyembelih binatang korban dan membahagikan keseluruhannya dan kulitnya dan selain daripada itu.

Dan telah disepakati ijmak ulama’ harusnya (Al-Wakalah) bahkan ianya menjadi perkara sunat,kerana ia satu cabang dari cabang tolong bantu diatas perkara kebaikan dan takwa.Sebagaimana yang telah diseru oleh Al-quran dan disebut didalam hadis.Firman Allah taala:(Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya)[Al-Maidah :2].Sabda rasul s.a.w (Sesungguhnya Allah memberi pertolongan kepada hambanya selagimana hambanya memberi pertolongan kepada saudaranya).

Rukunnya: (Al-Wakalah) adalah satu akad daripada akad-akad yang lain,maka tidaklah sah(Al-Wakalah) melainkan dengan memenuhi/melaksanakan rukun-rukunnya daripada ijab dan Kabul,dan tidak disyaratkan pada keduanya lafaz-lafaz yang tertentu,bahkan sah dengan setiap apa yang menunjukkan keatas keduanya(ijab dan kabul) daripada percakapan dan perbuatan.

Dan setiap seorang daripada dua orang yang berakad mestilah merujuk kepada(Al-Wakalah)(iaitu syarat-syarat dan rukun-rukunnya) dan terbatal akad dalam apa jua keadaan,ini adalah kerana akad (Al-Wakalah) adalah daripada akad-akad yang harus,iaitu bukan perkara wajib.

Menyampaikan hajat dan bergantung (pada sesuatu): Akad (Al-Wakalah) sah dengan menyampaikan hajat,bergantung(pada sesuatu),dan disandarkan pada masa hadapan,sebagaimana sah disandarkan denagn waktu atau dengan perbuatan/pekerjaan yang tertentu.

+Contoh bagi (menyampaikan hajat): Aku mewakilkan kamu dalam jual beli.

+Contoh bagi (bergantung pada sesuatu): Jika sempurna (sesuatu perkara) maka kamu adalah wakilku.

+Contoh bagi disandarkan pada masa hadapan: sekiranya datang bulan ramadhan,maka kamu adalah wakilku.

+Contoh bagi ditentukan masa: Aku mewakilkanku selama setahun,atau melakukan pekerjaan (sesuatu).

Maka syarat-syarat ini adalah daripada mazhab Hanafi,dan Hambali,adapun bagi mazhab Syafie,tidak mengharuskan (Al-Wakalah) dengan syarat.

(Al-Wakalah) kadang-kadang adalah sebagai derma (pertolongan percuma) daripada wakil(tidak dikenakan upah/bayaran),dan kadang-kadang dikenakan upah(bayaran),kerana dia(wakil) melakukan kerja bagi pihak orang lain,maka tidak wajib baginya,dan harus dia mengambil pengganti bagi menggantikannya sebagai wakil.Pada ketika itu semua syarat-syarat (Al-Wakalah) menjadi tanggungjawab bagi si pengganti,dan dia tidak boleh keluar daripada (Al-Wakalah) melainkan dengan adanya sebab-sebab yang tertentu,dan melainkan dia ada pengganti yang baru,dan sekiranya ada disebut upah kepada wakil didalam akad,maka akan dijalankan hukum2 dalam bab upah.

(Bab Al-Wakalah..Fiqh Sunnah..Syed Sabiq)

No comments:

Post a Comment

Komen Anda